Produk Royal Canin

Kami memahami bahawa haiwan tidak sama seperti manusia: haiwan adalah ciptaan yang unik bersama keperluaan nutrisi yang unik dan berbeza dari manusia. Hasil daripada kajian menyeluruh kami telah menemui keperluan ini dan menghasilkan Nutrisi Kesihatan premium yang dirumuskan khas untuk kucing dan anjing- kecil atau besar, muda atau matang dan jenis baka. Kerana kami tahu dengan memberikan nutrisi terbaik kita boleh membantu haiwan untuk kekal sihat dan comel.

Nutrisi Untuk Si Kecil

Walaupun kucing adalah karnivor, diet mereka mungkin mengandungi karbohidrat yang tinggi untuk memberikannya tenaga untuk memudahkan penghadaman si comel anda.

Makanan anak kucing perlu mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pembesaran yang seimbang, dan juga antioksida untuk menyokong tahanan semulajadinya dan EPA dan DHA untuk sistem pembesarannya.

Kucing Dewasa

Kelakuan kucing dewasa, kecenderungan dan keperluannya berdasarkan gaya hidup, sensitiviti dan baka. Semasa kucing anda melalui fasa dewasa, ia sangat penting untuk memberi perhatian pada beratnya, terutama kucing peliharaan dirumah.

Kucing yang tidak keluar di jalanan menggunakan tenaga yang sedikit. Sesetengah kucing makan hanya untuk mengekalkan kesibukannya. Tambahan pula, kucing yang sudah dimandulkan menyebabkan pengurangan hormon yang meningkat selera kucing dan menurunkan tahap aktivitinya. Ia adalah satu keperluan untuk memberikan kuantiti makanan yang cukup setiap hari dan pemilihan makanan kucing yang betul.

Kucing Matang

Kucing hidup lebih lama pada masa kini- kadangkala ia mencapai hingga 25 tahun. Apabila kucing meningkat dewasa, imun pertahanannya akan berkurangan, kebolehan menyerap nutrisi, dan selera makan yang kurang dan susah untuk mengunyah makanannya sendiri. Dengan itu, ia penting untuk memilih makanan yang menyelerakan, penuh nutrisi serta tekstur yang lembut untuk kemudahannya.

Kucing yang tua mempunyai gaya hidup yang lebih santai, memerlukan tenaga sedikit dan mempunyai risiko obesity yang tinggi. Ditambah pula apabila kucing tersebut dibela dirumah yang mempunyai pelbagai suhu dan ianya akan mengganggu pembesaran bulunya secara semulajadi. Ia akan  meningkatkan gumpalan bulu yang berselerakan.

Ia sangat penting untuk memilih makanan yang betul dengan tekstur yang lembut memberi kemudahan untuk mengunyah.

Kucing Senior

Kebanyakan kucing akan menunjukkan tanda penuaan apabila umurnya diantara 7 dan 10 tahun, dan selalunya penuaan terjadi pada umur mereka 12 tahun. Penuaan bermaksud pengurangan tenaga, kesukaran untuk berjalan dan kurang selera makan. Kucing yang lebih tua mempunyai peluang besar untuk mendapat penyakit. Obesiti juga antara faktor risiko dalam bilangan penyakit seperti diabetes dan masalah kulit. Kucing dalam kategori ini juga boleh kehilangan berat dan otot.

Oleh sebab itu, ianya penting untuk menyesuaikan diri dengan diet tersebut, bermula dari umur 10 tahun. Walaupun anda tidak melihat perubahan fizikal pada kucing anda, mungkin ia akan mengubah metabolisma padanya.

Kucing  yang lebih tua perlu dikawal oleh veterina supaya sebarang penyakit boleh dirawat secepatnya.

Anda boleh melihat contoh produk royal canin disini 

 

Leave a Reply