Catnip – Menyeronokkan atau Membahayakan?

Catnip (Nepeta Cataria) adalah herba pudina yang telah digunakan sejak zaman purba malah digunakan oleh kucing sejak dahulu lagi. Ia memberi kesan kepada kepada kucing, memberi ransangan serta ketenangan dalam pada masa yang sama. Catnip terkenal disekitar Europe dan Asia, tidak ketinggalan Amerika Utara yang telah memperkenalkan tumbuhan ini tidak lama dulu. Ini kerana kucing teransang dengan kimia yang dipanggil sebagai nepetalactone yang ada pada tangkai dan daunnya. Ia lebih menarik perhatian si comel apabila ia layu atau patah.

50 dari 60 peratus kucing dewasa menunjukkan reaksi terhadap catnip. Anak kucing pula tidak akan teransang dengannya sehingga berumur 3 bulan. Para sainstis tidak mengetahui bagaimana atau mengapa bahan kimia ini memberi kesan pada kucing. Mereka mengatakan bahawa tidak akan berlaku sebarang keburukan dan selepas kucing kembali normal dari reaksi tersebut, mereka  tiada sebarang kesan penyakit.

Kebanyakan pemilik kucing membeli mainan kucing yang diisi dengan catnip kerana ia akan memberikan lebih ketenangan dan keseronokan buat kucing anda. Mainan ini juga memberi banyak manfaat kepada kucing anda kerana apabila kucing anda bermain dengannya, secara tidak langsung ia juga memberi senaman ringkas buat kucing anda.

Leave a Reply