Kafe Kucing Bagi Peminat Kucing! Meow

Idea kafe kucing ini sebenarnya berasal dari Taipei, Taiwan. Cat Café yang pertama di buka di dunia adalah Cat Flower Garden pada tahun 1998.

Idea ini dikembangkan oleh seorang pelancong  dari Jepun yang suka dengan konsep Cat Café Taiwan ini, lalu dia membawa pulang idea itu ke Jepun.

Cat Café pertama di Jepun di buka di Osaka pada tahun 2005 dan sekarang terdapat sebanyak 40 buah cat café di Bandar Tokyo sahaja. Di Malaysia, terdapat banyak kafe kucing yang boleh anda lawati dan kami menyediakan 5 Kafe Kucing buat anda.

1. KopiCat Cafe, Subang Jaya, Selangor

Image may contain: foodKafe ini mula beroperasi dari tahun 2014 sebagai kafe kucing yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Baik dari sudut rekaan dalaman sehingga makanan serta minuman yang disediakan. Konsep rekaan ini diambil dari Jepun. Pada September 2016, kafe ini telah memperbaharui nama dari Coffee Cottage ke Kopicat Cafe. Mengekalkan konsep dan makanan yang sama tetapi mereka juga memperbaharui beberapa menu seperti lasagna, nutella brownies dan juga kek molten lava.

Image may contain: cat

KopiCat Cafe

Image may contain: food

Address: 1-1 jalan SS15/8A, Subang Jaya

Tel: 03-5613 0078

Facebook: Kopicatcafe

Isnin-Khamis & Ahad: 11am-10pm

Jumaat & Sabtu: 11am-12am

Purradise Cat Cafe, TTDI, Kuala Lumpur

No automatic alt text available.Purradise Cat Cafe, TTDI memberikan suasana taman fantasi buat pengunjung yang datang. Hiasan dinding dan dekorasi kafe ini amat indah dan menyenangkan. Kafe ini bertujuan untuk menyelamatkan kucing jalanan. Bagi satu jam pertama, anda akan diberikan minuman percuma dengan yuran RM18 seorang.

Image may contain: cat

Purradise Cat Cafe

Address:

 24A (First Floor), Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Tel: +603 2389 0976

Facebook: Purradise Cat Cafe

Isnin: Tutup

Selasa-Jumaat: 2pm – 10pm

Sabtu & Ahad: 11am-10pm

Panda Pet House, Shah Alam, Selangor

Tahukah anda, di Shah Alam juga terdapat sebuah cat cafe yang patut anda kunjungi! Konsep yang digunakan adalah konsep colourful yang mana amat sesuai untuk kanak-kanak. Buat ibu bapa, kafe ini mungkin pilihan anda untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Kafe ini bukan sahaja menyediakan kucing untuk menjadi ‘teman’ anda di sana nanti, malah turut menyediakan pelbagai jenis binatang comel yang lain termasuklah arnab.

Panda Pet House

Address: 

7 Jalan Kepuk Tiga 19/2c seksyen 19
Shah Alam, Malaysia

Tel: 012-678 4959

Facebook: Panda Pet House Cafe

Isnin- Ahad: 11am-7pm

Good Meowning Cafe

No automatic alt text available.Cafe Kucing Good Meowning ini dibuka pada Januari 2016. Apa membuat café ini berbeza dengan Kafe Kucing yang lain adalah tempat main kucing diasingkan daripada tempat makan.Di bilik permainan kucing ini akan ada 25 ekor kucing pelbagai baka yang bakal menemani anda. Harga untuk bermain dengan kucing adalah RM 5 untuk 30 minit.Pukul 1pm-2pm adalah waktu berehat si bulus. Anda boleh sambung bermain  pada pukul 2pm.

 

Image may contain: food

Good Meowning Cafe

Address: 

1, Jalan Suasana 2/7a, Tun Hussein Onn, 43200 Batu 9 Cheras, Selangor, Malaysia

Tel:03-9082 2111

Facebook: Good Meowning Cafe

Isnin: Tutup

Selasa-Ahad: 10am-10pm

Leave a Reply