Pusat Dandanan Kucing di Sekitar Kuala Lumpur

Pusat dandanan haiwan adalah tempat di mana haiwan peliharaan anda (kucing & anjing) didandan. Ia juga bagus untuk mereka yang tidak mempunyai masa atau tidak mengetahui cara untuk mendandan haiwan peliharaan mereka. Di bawah ini saya sertakan beberapa untuk mendandan haiwan anda khusus bagi mereka yang mempunyai kucing.

Snow’s Cat Grooming & Boarding

Terletak di Kuala Lumpur, Snow’s Cat Grooming & Boarding adalah sepasukan pendandan yang mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam penjagaan kucing dan dandanan. Pusat ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam.

Dandanan (Grooming) RM 25 – RM 45

Bercukur (Shaving) RM 20 – RM 100

Sanitary Shaving RM 5 – RM 10

Rawatan kutu (Defleaing) RM 10 / RM 12 / RM 20

Menyahcacing (Deworming) RM 10 – RM 20

Snow’s Cat Grooming and Boarding

43, Jalan 8/27D, Seksyen 6, Wangsa Maju
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 016-391 9175

Instagram: SnowCat

Facebook: SnowCat

Kitten Cottage

Manjakan kucing anda dengan rawatan spa dan dandanan di Kitten Cottage, yang juga menyediakan khidmat ‘boarding’. Anggaran harga dari RM40-RM180 dan dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 7.00malam pada hari isnin & rabu-ahad.

Kitten Cottage

No.141, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-7722 2078

Cathoot

Website-grooming-price

The Cathoot Grooming Salon menawarkan pengalaman dandanan yang berbeza. Di pusat tersebut, ia akan menyediakan jagaan khas untuk haiwan anda dan mencadangkan rawatan dandanan yang betul dengan menepati ciri-ciri haiwan anda. Cathoot akan dibuka setiap hari kecuali pada hari selasa.

 CatHoot

No. 30, Jalan Pekaka 8/3,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya

Tel: 03-6143 4334

Website: Cathoot

Catzonia

Catzonia mempunyai sebilangan pendandan yang professional dan pastinya ia berbaloi. Berikan mereka membersihkan dan mendandan si comel anda dengan harga dari RM45 sahaja. Pada hari bekerja Catzonia dibuka dari jam 9.00pagi sehingga 8.00malam kecuali pada hari rabu ia dibuka dari jam 11.00pagi sehingga 2.00petang manakala pada hari sabtu & ahad ia dibuka pada jam 10.00pagi sehingga 7.00malam.

Catzonia

E111 Metropolitan Square
Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel:  013-222 9606
Website: Catzonia

 

 

Leave a Reply