Si Kucing Bernama Hero

Ingatkah anda satu ketika dulu kita pernah digemparkan dengan kucing bernama Hero yang dipotong kakinya akibat mencuri ikan di sebuah gerai makan. Seekor kucing bernama Hero telah berjaya menambat hati ramai rakyat Malaysia. Kucing istimewa ini hanya berkaki dua setelah dianiaya dengan kejam dan dipotong kakinya. Mari kita imbas kembali kisah hidup Si Hero. Hero, Atau Nama Manjanya “Iyo”, Telah Meninggal Dunia Pada 24 November 2013 akibat menghidap penyakit Leukemia.

Kisah Hero derita akibat kena potong kedua belah kaki sudah mati meninggal dunia. Ini merupakan berita yang menyayat hati buat penggemar kucing khususnya di Malaysia. Hero juga pernah mencetus ikon kepada pencinta haiwan apabila Hero ditemui masih bernyawa dengan kedua belah kakinya dipotong pada Mei 2005 hanya disebabkan kesalahan mencuri seekor ikan di sebuah Restoran.

 

Hero adalah nama yang diberikan oleh seorang insan bernama Mohd Hairey Yahya atau digelar sebagai Papa Hero. Beliau jugak lah yang telah menyelamatkan Hero dan menjaga kucing malang itu. Pada awal bulan mei tahun 2005, Hero telah mengalami kecacatan kekal apabila kedua belah kakinya dipotong dan ditinggalkan di tepi longkang hanya kerana kesalahan mencuri ikan disebuah restoran oleh seorang individi yang tidak berhati perut. Mohd Hairey Yahya yang juga merupakan insan yang meminati kucing telah menemui Hero dan telah memelihara kucing tersebut. Pada waktu itu, Hero ditemui dalam keadaan yang agak terseksa dengan berlumuran darah pada bahagian kedua belah kakinya. Setiap hari Hero menderita kesakitan akibat insiden kejam tersebut.

Hanya berbekalkan ubat gamat, Hero yang dibawah penjagaan Mohd Hairey disembuhkan dalam masa lebih kurang sebulan. Kisah Hero yang menderita akibat kakinya kudung turut mendapat liputan media secara meluas selepas insiden itu tersebar dilaman sosial.

Walaupun kisah Hero sudah menjadi sejarah, tetapi Hero tetapi Hero tetap dalam ingatan setiap pencinta haiwan dan dikenal sebagai seekor kucing yang lincah walaupun hanya ada dua kaki dan Hero juga telah berjaya membuka mata dan memupuk semangat rakyat Malaysia agar menentang kekejaman terhadap haiwan.

 

 

Shareen Eliana

"Major in Journalism. Animal lover and travel enthusiast"

Leave a Reply